SEJARAH SEKOLAH Pada tahun 1927 gereja Methodist Malaya dalam usaha memperkembangkan pendidikan ke kawasan luar bandar telah menubuhkan sebuah sekolah di sebuah rumah berbumbung atap dan berlantai tanah liat. Sekolah Inggeris yang bersejarah ini telah ditubuhkan oleh Rev.SM Arumugam di Banting. Guru bahasa Inggeris yang pertama ialah Encik. Ganamoney. Kelas pertama ini dengan lebih kurang empat puluh orang murid berfungsi dengan nama Methodist English School. Pada tahun 1931 Rev. S.S Pakianathan dari gereja Methodist telah berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan sekolah yang kecil ini. Sekolah ini terpaksa ditutup semasa perang dunia dan dibuka semula dengan kedatangan British. Selepas perang dunia, seorang tokoh pendidik, iaitu Encik G.S.Arumugam telah mendapat kebenaran dari Pegawai Daerah, Encik P.H.Setchell untuk menggunakan kelab stonor di Telok Datok dan memulakan sekolah tersebut dengan enam puluh orang murid. Selepas dua tahun' sekolah terpaksa berpindah ke sebuah kedai di jalan Jugra Banting dan berfungi di bawah Puan Lily Bastiampillay. Dari sini sekolah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Pada tahun 1951 Madam Chi Liung telah membenarkan panggung wayang-wayangnya (golden city) digunakan sebagai sekolah untuk seratus orang murid. Oleh kerana sambutan dari orang awam sangat menggalakkan, kerajaan telah meminta gereja Methodist Malaya untuk mendirikan sebuah sekolah di Telok Datuk. Satu jawatan kuasa bangunan telah dilantik untuk membina sebuah bangunan di atas tanah wakaf yang diberikan oleh kerajaan. Jawatan kuasa ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan ahli-ahlinya terdiri daripada beberapa orang ahli gereja Methodist. Pada tahun 1952 Rev.J.A.P. Oswald telah dihantar dari Kuala Lumpur ke Banting oleh gereja Methodist dan beliau meneruskan projek bangunan sekolah. Pada 12.1.1953 Methodist English School telah dimulakan dengan 5 buah bilik darjah, 202 orang murid dan 8 orang guru. Ini merupakan sekolah aliran Inggeris bantuan modal kerajaan yang pertama di daerah Kuala Langat. Guru besar yang pertama ialah Rev. J.A P Oswald.pada tahun 1954 beliau dengan bantuan dari gereja Methodist dan bantuan orang ramai telah mendirikan sebuah bangunan lagi dengan sepuluh buah bilik darjah, tandas dan kantin. Rev. Oswald juga telah menggalakkn pelajar-pelajar yang berlebih umur (over-aged pupils) untuk mengikuti kelas di waktu petang yang dipanggil 'Methodist Afternoon School'(M.A.S). Pendidikan menengah (secondry education) bermula pada 1. L 1957 apabila empat puluh lapan orang pelajar darjah enam telah lulus "Malayan Secondry School Entrance Examination" di naikan ke tingkatan 1.pada akhir tahun 1957 Rev. J.A.P Oswald telah bersara dan En.Leow Sae Yin telah dilantik guru besar pada tahun 1958.beliau telah berkhidmat hanya satu tahun pada 1 hb Februari 1959 Encik Vincent Daniel telah dilantik sebagai guru besar tahun ini dianggap sangat kritikal dalam sejarah sekolah kerana seramai empat puluh orang murid tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan "Lower Certificate of Education (LCE)" dan kumpulan inilah yang akan menentukan kewujudtan tingkatan empat pada tahun yang berikutnya. Atas usaha-usaha gigih Encik V.K. Vincent Daniel dan guru-guru, daripada empat puluh lapan orang murit perintis (pioneers)'sekolah menengah'ini, dua puluh dua orang murid telah lulus peperiksaan "Lower Certificate of Education" (LCE) dan layak masuk ke tingkatan empat pada tahun 1960.pada tahun berikutnya (1961) seramai 25 orang murid tingkatan lima telah di daftar untuk peperiksaan "Combridge School Certificate / Federation of Malaya Certificate" (CSC/FMC) dari pada 25 orang murid yang merupakan perintis peperiksaan peperiksaan Combridge School Certificate / Federation of Malaya Certificate" (CSC/FMC)" ini, 19 orang murid telah berjaya dengan mencatatkan keputusan 76%. Tahun 1961 merupakan tahun yang paling penting didalam sejarah Methodist English School. Inilah tahun yang terakhir "Methodist English School" berfungsi sebagai "comprehensive school" dengan kelas-kelas dari darjah satu hingga tingkatan lima dengan bilangan murid seribu dalam dua puluh tujuh kelas ditadbirkan oleh seorang guru besar. Pada satu haribulan januari 1962 Methodist English Echool dipecahkan kepada dua unit pentadbiran yang berasingan. Encik Sam Paranjothi telah dilantik sebagai guru besar sekolah rendah Methodist, manakala Encik V.K Vincent daniel dilantik pengetua sekolah menengah Methodist.
|
© SMK Methodist,
Telok Datok : 2005 |